Jumat, 23 Juli 2010

11 Adab Dalam Kehidupan

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata danjangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
3. Elakkan dari bertamu antara zohor dan asar kecuali dengan keizinan.
4. Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan, setelah itu usaplah makanan yang masih melekat pada jari-jari anda.
5. Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.
6. Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.
7. Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.
8. Dalam berjiran, tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya.
9. Semasa menziarahi kubur, sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan.
10. Semasa menziarahi orang sakit, sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit.
11. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar