Kisah

Cerita tentang kerang

Posted by toyu On April - 30 - 2010
Pada suatu hari, seekor anak kerang di dasar laut telah mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.
“Anakku…Allah tidak menganugerahkan kepada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun sehingga Ibu tak dapat menolongmu”, kata sang ibu sambil bercucuran air mata.
Si ibu terdiam sejenak.
“Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan lendirmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan”, kata ibunya dengan sendu dan lembut.
Anak kerang pun mengikut nasihat bondanya. Hari demi hari berlalu, ia terus bertahan dan mengeluarkan lendir untuk mengurangkan rasa sakit itu. Lapisan lendir semakin membesar dan rasa sakit pula semakin berkurang.
Suatu ketika rasa sakit itu hilang sama sekali, dan kerang itu menjadi kerang yang luar biasa. Ia menjadi sangat berharga. Kerana ia memiliki sebutir mutiara yang besar, kukuh berkilat dan sangat indah.
Semuanya bermula dari sebuah penderitaan. Penderitaannya berubah menjadi mutiara, air matanya yang mengalir bertahun-tahun lamanya itu, berubah menjadi begitu berharga.
Dirinya kini, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan!!!

 

Riwayat Hidup Salahuddin Al Ayubi

Posted by toyu On December - 5 - 2009
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satu pun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walaubagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya(Bahauddin,1234). Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk
menghalau orang kafir dari tanah air Islam.
Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.
Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)
Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan.
Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang
dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad saw atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia menggeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang
itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St.Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul
Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramala pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Kematian Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.
Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Salahuddin yang Wara’
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.
Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.
Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”
Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajad lah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”
Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramala pada hari Isnin pagi”
Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkannya untuk dituliskan oleh jurutulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.
Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”. Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangan terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketika Raja Inggeris itu sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”.
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan.
Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.
Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an.
Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin
Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99
Nota : Salahuddin adalah yang menghidupkan Mawlid Nabi Muhammad saw,hingga tentara islam terus berjaya.
Wallahua’lam
*Artikel ini diambil dari Laman Ustaz Naim

 

 

ZAID BIN TSABIT AL-ANSHARY – Riwayat ringkas Sahabat Rasulullah s.a.w

Posted by toyu On January - 5 - 2010
qur'an 01Alquran adalah kitab suci umat Islam. Di dalamnya terkandung wahyu Tuhan yang langsung diterima oleh Nabi Besar Muhammad Salallahu’alaihi wassalam. Kitab suci Alquran inilah yang menjadi pegangan serta pedoman bagi umat Islam dalam menjalankan agamanya. Dalam kitab inilah termaktub ajaran agama Islam dalam beramal, baik untuk di dunia maupun bagi akhirat.
Ayat-ayat suci ialah wahyu dari Allah Subhanahu wata’ala yang diturunkan langsung kepada Rasulullah. Sekarang telah berbentuk buku atau kitab yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia. Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
Nabi Muhammad bersabda, “Bacalah Alquran! Karena ia akan memberi syafaat di hari Kiamat.”
Demikianlah keutamaan Alquran itu. Ia memberikan syafaat, yaitu bantuan moral atau jasa haik meminta kepada Allah pengampunan atau amnesti bagi dosa-dosa yang telah dilakukan oleh seseorang, kelak di hari Kiamat.
Begitu pula dengan bunyi hadis Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi. Tuhan telah berfirman, “Bahwa barangsiapa memerlukan membaca Alquran dalam rangka beribadat kepadaKu, akan Ku berikan sesuatu yang lebih utama kepadanya dibandingkan dengan yang lainnya. Oleh karena keutamaan kalam Allah lebih utama daripada kata-kata lain. Seperti keutamaan Allah terbanding dengan makhluknya.
“Siapakah yang telah berjasa besar dan mendapat kedudukan demikian tinggi, dipercaya oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. menuliskan serta menyusun wahyu Allah yang baginda terima?
Kedudukan yang mulia dan tinggi itu dipercayakan oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. kepada Zaid bin Tsabit al-Anshary. Dia adalah setiausaha/jurutulis Nabi Salawatu Alai Wasalam yang masih muda belia. Zaid mendengarkan langsung dari ucapan Rassulullah Salawatu Alai Wasalam dan menuliskannya sesuai dengan petunjuk Nabi, segera suatu ayat turun.
Oleh karena jawatan inilah maka Zaid bin Tsabit al Anshary dianggap orang pertama sesudah Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. yang memahami benar-besar akan isi Alquran. Setelah Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. wafat, Zaid bin Thabit lah tumpuan orang bertanya mengenai segala sesuatunya tentang kitab suci umat Islam itu.
Alquran yang bentuk dan susunannya seperti yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia dewasa ini, merupakan suatu hasil jerih payah serta amal kelompok kerja yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit. Ia mendapat tugas sejak masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar Shiddiq menghimpun atau mengumpulkan ayat-ayat suci Alquran dan menyusunnya ayat demi ayat. Semasa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan, selesailah tugas panitia/jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit. Dan terciptalah kitab suci Alquran yang tersusun rapi seperti yang dapat kita baca sekarang ini.
Demikianlah mulianya serta besarnya tugas yang dipikul oleh Zaid bin Tsabit al Anshary yang dapat dinikmati serta diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia hingga masa kini.
Siapakah sebenarnya Zaid bin Tsabit al Anshary ini? Apakah sebabnya dia mendapat kepercayaan begitu besar dari Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam.? Apa pula sebabnya maka baginda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. mengangkatnya menjadi sekretaris/jurtulis baginda? Sekretaris yang menuliskan Wahyu yang langsung diterima oleh Nabi Salawatu Alai Wasalam. adalah suatu jawatan yang amat tinggi dan mulia. Oleh sebab itu prihadi Zaid bin Tsabit sendiri menjadi cemerlang oleh sinar Alquran. Dari penulisan risalah langit ini, Zaid bin Tsabit menjadi orang yang maklum akan rahsia syariat Islam berkat petunjuk Alquran. Untuk mengenal siapa Zaid bin Tsabit al Anshary ini, marilah kita ikuti riwayatnya.
Tatkala Nabi Muhammad saw. menyampaikan agama Islam di kota Mekkah, baginda banyak mengalami rintangan dan perlawanan dari kaum Quraisy, kaumnya sendiri. Baginda mendapat perlawanan dari sanak kerabat yang menolak ajaran agama Islam.
Kaum Quraisy menyalakan api peperangan melawan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. beserta kaum Muslimin pengikut baginda. Kekejaman dan penganiayaan, yang membawa malapetaka bagi kaum Muslimin dilancarkan. Kata-kata penghinaan, kata-kata kotor yang menyakitkan hati, dilontarkan kepada Nabi Salawatu Alai Wasalam. untuk melemahkan perjuangan baginda.
Hari demi hari peperangan berkecamuk. Kaum Quraisy dengan sekutunya, orang-orang musyrik, tetap gigih memerangi Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. dengan pengikut-pengikutnya. Maka untuk menghindari pertumpahan darah besar-besaran serta untuk memberikan kesempatan lebih tenang kepada pengikut Nabi Salawatu Alai Wasalam. untuk menjalankan ibadahnya, baginda mengambil kebijaksanaan. Iaitu berhijrah ke kota Madinah. Dan rombongan yang berhijrah inilah yang disebut kaum Muhajirin.
Di kota Madinah agama Islam pun disampaikan kepada rakyat banyak. Rasulullah Salawatu Alai Wasalam dan pengikut baginda tak jemu-jemunya menyebarkan agama yang suci itu, sehingga banyak pula pengikut baginda di kota ini. Penduduk Madinah yang membela ajaran Islam dan membantu Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. ini disebut kaum Anshar.
Di sebuah lorong di kota Madinah, tinggal suatu keluarga yang termasuk dalam kaum Anshar. Dia adalah Nuwar binti Malik yang telah kematian suaminya, seorang ibu yang pandai mendidik anaknya. Meskipun ia seorang janda, semangatnya membela agama Islam amat tebal dan kuat tertanam di hatinya. la tidak takut kepada orang-orang yang memusuhi kaum Muslimin. Tekadnya bulat sesuai dengan bunyi dua kalimah syahadat yang telah diucapkannya ketika masuk agama Islam, ”Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad sesungguhnya Rasul Allah.”
Putranya bernama Zaid, seorang anak yang cerdas. Berkat bimbingan ibunya ia amat rajin belajar. Dia pandai menulis huruf Arab dengan baik dan indah. Pada usia sepuluh tahun ia telah hafal ayat-ayat suci Alquran sebanyak tujuh belas surah. Ucapannya fasih, benar dalam hukum tajwidnya, sehingga dapat mempesona orang yang mendengamya.
Mengenai keyakinan Zaid bin Tsabit kepada agama Islam tidaklah diragukan pula. Ia benar-benar percaya dan turut membantu keluarganya beserta kaum Anshar menyebarkan serta membela agama Islam.
Zaid kecil amat tertarik melihat pasukan Muslimin yang berbaris-baris, latihan di lapangan terbuka. Hampir setiap hari ia menonton pasukan Muslimin yang dipersiapkan untuk berangkat ke medan jihad untuk menegakkan agama Islam. Kagum dan bangga Zaid menyaksikan barisan-barisan yang dipimpin oleh masing-masing komandannya yang gagah berani. Ingin benar hatinya untuk dapat turut bersama, pergi bertempur bersama tentera Muslimin dalam jihad fi sabilillah. Turut bertempur memikul senjata membela agama Islam yang telah amat diyakininya.
Sering Zaid mengajak teman-temannya main perang-perangan. Memerankan kaum Muhajirin dan dan Anshar memerangi kaum musyrik yang sesalu menghasut rakyat untuk membenci Islam.
Pada suatu hari Zaid datang kepada ibunya. Ketika itu ibunya sedang memasak makanan beserta wanita-wanita lainnya. Makanan yang akan disumbangkan kepada pasukan tentera yang akan pergi bertempur dalam perang Badar. Kaum ibu memasak makanan dan mempersiapkan perbekalan untuk perang suci itu. Sedangkan kaum lelaki, terutama yang muda-muda, berduyun-duyun mendaftarkan diri untuk menjadi tentera sukarela.
Ketika dilihat oleh Nuwar binti Malik anaknya datang, ia pun bertanya, “Hai, anakku Zaid, apakah gerangan maksudmu datang menemui aku di dapur yang penuh asap ini?”
“Wahai, Ummi,” kata Zaid seraya duduk di hadapan ibunya. “Izinkanlah Zaid membeli sebilah pedang. Daripada wang tabunganku, sudah dapat dibeli sebilah pedang yang baik dan indah”.
Dengan hairan ibunya meletakkan periuk diatas tungku, lalu duduk bersama Zaid. “Hai anakku, apakah gunanya pedang itu kepadamu?”
Dengan suara yang mantap dan mata yang bersinar-sinar, Zaid menjawab, “Untuk dipakai berperang, Ummi. Zaid akan mengadap pimpinan besar kita, Rasulullah s.a. w. untuk mendaftarkan diri. Mendaftar sebagai anggota yang akan melakukan Perang Badar.”
“Turut berperang? Aduh buah hati Ummi. Ummi bangga sekali mendengar tekadmu itu. Engkau benar-benar putra Tsabit yang beriman dan gagah berani. Ummi bersyukur kepada Allah Subhanahuwata’ala yang telah mengurniamu iman yang tebal serta semangat yang membaja. Tetapi dengarlah, anakku sayang! Engkau masih terlalu kecil untuk pergi berperang. Pekerjaan itu berat dan berbahaya, sedangkan umurmu belum mencapai dua belas tahun. Engkau lihat indah dan menarik sewaktu pasukan baris-berbaris, tetapi pada pelaksanaannya tidak seindah itu lagi. Maut dan darah akan ditemui, atau siksaan yang tiada terperikan kejamnya jika ditawan oleh musuh.”
“Maafkan Zaid, Ummi! Biarpun Zaid masih kecil, apa salahnya Zaid ikut ke medan perang? Medan jihad tempat berbakti kepada Allah dan agama, membantu Rasulullah junjungan kita? Tidakkah Ummi lihat pasukan tentera Muslimin yang telah dibentuk di bawah komando Nabi Salawatu Alai Wasalam. sendiri? Betapa menarik dan mengagumkan barisan Yang akan mengabadikan Kalimah Allah di tanah Arab yang dikuasai oleh kaum jahiliah ini. Bukankah ibu-ibu di sini sedang memasak perbekalan untuk mereka? Wahai, Ummi, izinkanlah Zaid menghadap Rasulullah! Bagindalah yang akan memutus kan segala sesuatunya tentang Perang Badar ini. Mungkin baginda akan memberi tugas yang sesuai dengan usiaku.”
Nuwar binti Malik termenung sambil berlinang air matanya. Ia terharu mendengar tekad serta kekerasan kemauan putranya yang amat dicintainya itu. Bukan karena takut kehilangan buah hatinya karena gugur di medan jihad. Nuwar binti Malik, sebagai warga kaum Anshar, imannya telah demikian tebal. la rela berkorban segala-galanya. Baik harta benda, dirinya beserta anaknya, ia rela demi tegaknya agama Islam. Air matanya berlinang karena terharu menyaksikan tekad Zaid. Tekadnya benar-benar mencerminkan watak kaum Anshar yang setia kepada Nabi Muhammad saw. yang amat mereka cintai.
Sejurus kemudian Nuwar binti Malik berkata, “Zaid, anakku, jika demikian keras hatimu hendak pergi bertempur dalam Perang Badar, Ummi setuju. Tetapi nanti malam kita bicarakan bersama sanak keluarga kita yang terdekat.”
Mendengar ucapan itu, Zaid langsung memeluk ibunya. “Terima kasih, Ummi. Terima kasih. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin,” ujar Zaid seraya mencium tangan ibunya.
“Mengenai pedang itu, anakku, tak usah kau membeli yang baru! Ada pedang pusaka peninggalan almarhum ayahmu. Pergunakanlah pedang itu sebaik-baiknya demi tegaknya agama Islam. Nanti malam akan Ummi serahkan kepadamu. Sekarang pergilah bermain-main dulu!
Tak terkatakan gembiranya hati Zaid mendapat persetujuan dari ibunya. Ia berlari ke luar mencari teman-temannya. Diceritakannya kepada mereka akan maksudnya hendak serta dalam Perang Badar dan telah mendapat persetujuan ibunya.
“Tidakkah engkau takut, Zaid, menghadapi musuh yang kejam-kejam? Mereka semuanya orang dewasa. Kaum Qurais dan pengikutnya orang-orang musyrik amat buas. Mereka tidak tanggung-tanggung menganiaya tawanannya.”
“Allah bersamaku,” sahut Zaid dengan sungguh-sungguh. “Semoga Allah melindungi aku dari perbuatan musuh yang terkutuk.”
Kawan-kawan sepermainan Zaid merasa kagum akan keberanian sahabat mereka itu. Mereka semuanya memang mencintai Zaid karena ia seorang anak yang baik hati. Ia suka menolong dan cerdas. Mereka akan merasa kehilangan jika Zaid pergi. Karena Zaid adalah tempat mereka bertanya dan minta pertolongan. Zaid membantu mereka menghafal ayat-ayat suci dan memberi petunjuk menulis dan membaca.
“Kami semua berdoa semoga engkau tetap dalam perlindungan Allah Subhanahuwata’ala. Amin!”
Pada malam harinya berkumpullah beberapa anggota keluarga, kerabat Zaid yang terdekat. Dan ibunya menceritakan niat anaknya yang suci itu. Salah seorang kerabat yang hadir malam itu berbicara setelah mendengar huraian Nuwar binti Malik.
“Wahai Zaid, saudara kami yang tercinta. Berbahagialah engkau yang dikumiai Allah iman yang tebal dan keberanian yang luar biasa. Semoga Allah tetap melindungimu dan kita semuanya. Kami sebenarnya sependapat dengan ibumu, bahwa engkau masih terlalu muda, bahkan masih kecil. Umurmu belum cukup untuk melaksanakan pekerjaan yang amat berat itu. Sesungguhnya kami yang telah dewasa, yang lebih tua daripadamu inilah seharusnya memikul tugas yang berat tetapi suci ini. Tetapi karena kekerasan hati serta tekadmu, maka kami semua menyetujui niatmu ini. Mengenai tugas dalam perang suci ini, sebenarnya segala-gala sesuatunya telah diatur oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. Tugas masing-masing telah dibahagi. Tidak semua orang harus pergi ke medan perang. Ada tugas dan kewajiban masing masing agar terjadi kesatuan gerak dalam Perang Badar ini. Di barisan belakang ada pula pertahanan yang tak kurang pentingnya dengan barisan hadapan. Penjaga keamanan, tenaga cadangan, dan lain sebagainya. Karena tekadmu telah bulat, maka kami rela dan setuju. Berangkatlah dan sekali lagi semoga Allah melindungimu.”
Pada malam itu pula, dengan disaksikan oleh kaum kerabat yang hadir, pedang pusaka almarhum Tsabit diserahkan ibunya kepada Zaid. Pedang itu amat indah. Hulunya terbuat dari gading. Sarungnya penuh ukiran dan bertatahkan permata yang kemilau. Tiada terkatakan betapa gembiranya hati Zaid. Padahal pedang pusaka itu masih terlalu panjang bagi tubuhnya yang masih kanak-kanak. Karenanya, pada malam itu hampir tak sepicingpun matanya dapat dipejamkan. Ingatannya lekat kepada Pedang dan Perang Badar yang akan dihadapinya. Dekat pagi barulah ia dapat tertidur sebentar dan bermimpi telah berada di medan perang.
Saat itu adalah tahun kedua Hijriah. Kaum Muhajirin yang berpindah ke kota Madinah pedang mempersiapkan pasukan-pasukan yang akan bertempur dalam Perang Badar. Pasukan Muslimin berbaris di tanah lapang di tengah kota Madinah. Para komandannya adalah pemuda-pemuda yang gagah berani dan teguh imannya. Angkatan bersenjata ini dibentuk di bawah komando Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. sendiri. Baginda sendiri turun ke lapangan memeriksa barisan demi barisan yang mengibarkan bendera komando masing-masing. Demikian pula dengan pasukan berkuda serta barisan unta yang mengangkut perbekalan (pasukan logistik). Semuanya berbaris rapi dan diperiksa oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. satu demi satu.
Genderang perang ditabuh. Terompet dan nafiri ditiup. Suaranya gegap gempita membangkitkan semangat serta mengobarkan tekad. Di sekitar lapangan penuh sesak orang menonton sambil berdoa. Mereka memberi restu dan mohon kepada Allah bagi kejayaan pasukan jihad fisabilillah itu. Sorak-sorai para penonton itu pun menambahkan meriahnya upacara.
Dari pinggir lapangan, melalui pintu gerbang penjagaan, tampak seorang anak laki-laki, Ia berjalan dengan gagah. Pedang yang panjang tergantung di pinggangnya. Pedang itu terseret-seret di tanah karena panjangnya tak sebanding dengan tingginya anak itu.
Ketika terlihat oleh penjaga gerbang anak berpedang panjang lewat di hadapannya, segera ditegurnya. “Hai, Walad, hendak ke mana engkau dengan pedang terseret di tanah itu?”
Zaid berpaling kepada penjaga itu dan berkata dengan lantang, “Hendak turut dalam Perang padar.”
Penjaga itu tertawa terkekeh-kekeh. “Hendak turut perang? Mengertikah engkau apa arti perang itu? Perang bukanlah pesta membakar kambing guling dengan menyanyikan lagu kasidah. Engkau akan mati terinjak-injak kuda, hai anak kecil ingusan.” Penjaga itu tertawa pula dengan gelinya.
Zaid merasa tersinggung oleh ejekan pengawal itu. Tetapi ia cukup sabar dan dapat menekan perasaannya. Dengan tegas ia berseru, “Tida.k tua, tidak muda, tidak besar, tidak kecil, dalam menegakkan kalimah Allah. Sesiapapun berhak dan berkewajiban.”
Untunglah Nuwar binti Malik mengikuti anaknya dari belakang. Ia menjelaskan kepada pengawal itu agar putranya diizinkan menghadap Rasulullah untuk menyampaikan hasratnya. Boleh atau tidak, nanti Rasulullah sendirilah yang akan memutuskan.
Maka Zaid pun diizinkanlah memasuki lapangan upacara. Dengan gagah serta langkah yang tegap Zaid maju menemui Nabi Salawatu Alai Wasalam.
Semua orang terheran-heran melihat seorang anak dengan pedang terseretseret di tanah. Ia melangkah melalui barisan demi barisan menuju ke arah Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. Ibunya memperhatikan dari kejauhan.
Ketika disampaikan oleh ajudan Rasulullah maksud kedatangan Zaid kepada baginda, dia pun dipersilakan datang kepada Nabi Salawatu Alai Wasalam.
“Hai sahabatku yang kecil, siapakah namamu, dan apakah maksudmu datang kepadaku?” tanya Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. dengan ramahnya, setelah Zaid berdiri dengan tegap di hadapan baginda.
“Saya adalah Zaid bin Tsabit, Ya Rasulullah. Saya bersedia mati untuk Anda. Izinkanlah saya pergi jihad bersama Anda untuk memerangi musuh-musuh Allah. Saya ingin berbaris di bawah panji-panji kaum Muslimin. Ingin menghadapi kaum musyrik yang menentang tegaknya ajaran Alqluran”.
Mendengar ucapan Zaid itu, serta memperhatikan tubuhnya yang masih kecil, Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. merasa takjub dan gembira. Baginda bersyukur kepada Allah ada anak yang demikian berani diturunkan Allah ke muka bumi ini.
Rasulullah menepuk-nepuk bahu Zaid dengan kasih sayang dan penuh simpati. Secara ramah serta penuh pengertian, Nabi menasihati Zaid agar kembali kepada orang tuanya. Dikatakan oleh baginda bahwa Zaid masih terlalu kecil dan di bawah umur untuk pergi berperang. Agama pun belum mengizinkan anak-anak seusia dia memikul beban orang dewasa. Baginda menolak dengan halus, tetapi tidak mengecilkan hati atau menyinggung perasaan tersinggung Zaid.
Dengan perasaan sedih bercampur kecewa Zaid kembali mendapatkan ibunya di pinggir lapangan. Keinginannya untuk menyertai Rasulullah ke medan perang ternyata ditolak. Dengan langkah yang lunglai ia berjalan di sisi ibunya menuju ke rumah mereka.
Ibunya, Nuwar binti Malik, tidak kurang pula sedih hatinya. Dia pun ingin putranya berjuang menegakkan agama Islam, menyampaikan ayat-ayat suci kepada kaum jahiliah yang tetap membangkang dan buta hatinya terhadap ajaran Alquran. Terbayang olehnya wajah suaminya yang telah meninggal. Alangkah berbahagia dan gembira hati seorang ayah bila melihat anaknya beriman dan berjuang di sisi Rasulullah Salawatu Alai Wasalam.
Meskipun demikian sedih perasaan Zaid karena penolakan Rasulullah, dia tidak berputus asa. Sebagai anak yang cerdas dan taqwa kepada Allah, ia masih mempunyai penuh kepercayaan terhadap dirinya. Ia masih mempunyai rencana lain.
Meskipun ia tidak diterima oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam untuk berdekatan dengan baginda dalam Perang Badar, masih ada jalan lain untuk mendekati baginda. Zaid menyadari akan kecerdasan otaknya, kekuatan ingatannya dalam menghafal di luar kepala. Bidang inilah yang akan dipergunakannya untuk mendekati Nabi. Kecerdasan serta ketajaman otak ini akan dimanfaatkannya untuk membantu Rasulullah. Ia akan membantu menyampaikan ajaran agama Islam. Juga akan membantu merekam ayat-ayat suci Alquran yang diterima oleh Nabi dari Allah Subhanahu wata’ala.
Setelah sampai di rumah, disampaikanlah keinginannya itu kepada ibunya. Ibunya amat setuju dan merasa gembira karena putranya tidak berputus asa. Ia masih mempunyai hasrat untuk mendampingi dengan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. Semangatnya tetap hidup dan berkobar-kobar.
Pada malam harinya dikumpulkan pula segenap sanak-keluarga yang dekat seperti dahulu. Nuwar binti Malik ingin pula mendengar pendapat mereka tentang hasrat Zaid yang baru ini. Ia tidak mau bertindak sendiri dalam hal putranya ini. Karana ayah Zaid telah tiada, maka wajarlah jika dia senantiasa meminta nasihat dan buah pikiran sanak keluarganya. Terutama kepada saudara-saudara ayah Zaid.
Karana niat Zaid ini baik dan suci, maka tiadalah sanak-keluarganya berkeberatan. Mereka semuanya menyetujui gagasan ini. Lalu mereka membentuk suatu delegasi kecil untuk menghadap Rasulullah. Utusan ini akan menyampaikan apa yang terkandung di hati Zaid, untuk mendampingi Rasulullah dalam menyampaikan syi’ar Islam.
Pada hari yang ditentukan, berangkatlah delegasi kecil itu bersama Zaid ke kediaman Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. Mereka diterima dengan ramah-tamah oleh Nabi Salawatu Alai Wasalam.
“Ya, Rasulullah, inilah anak kami, Zaid bin Tsahit,” kata ketua rombongan delegasi memulai pembicaraan.
“Ya, kami telah kenal. la pernah menghuhungi kami di lapangan perbarisan tentera baru-haru ini. Kami mengagumi keberaniannya serta keyakinannya akan agama Islam. Tetapi sayang, ia masih kecil untuk ikut ke medan perang Badar.”
“Sehubungan dengan itulah maka kami datang ke mari. Anak kami ini sangat keras hatinya untuk sentiasa berada di sisi Anda. Ia ingin tetap berdampingan serta mengharapkan bimbingan dari Anda. Ada sedikit kepandaian yang dapat disumbangkannya kepada Anda dalam menegakkan kalimah Allah.
“Apa kepandaiannya itu? Cubalah katakan. Kami akan memperhatikan dan memberikan bantuan bila perlu,” kata Nabi Salawatu Alai Wasalam.
“Wahai, Rasulullah. Zaid bin Tsabit ini, meskipun usianya masih sangat muda, belum mencapai dua belas tahun, telah hafal tujuh belas surah Alquran. Dan ia pandai pula menulis dengan baik dan indah. Jika Rasulullah berkenan mendengarkannya, Zaid akan membacakan ayat-ayat suci yang telah dihafalnya.”
“Dengan segala senang hati. Silakan, kami ingin mendengarkannya!” ujar Nabi.
Maka Zaid pun mulailah membaca hafalannya ayat demi ayat. Suaranya merdu dan ucapannya amat fasih. Tanda baca dan tajwidnya benar serta sesuai betul dengan bunyi ayat yang diterima Nabi dari Allah.
Rasulullah Salawatu Alai Wasalam amat gembira. Baginda menyuruh Zaid membaca serta menulis. Ini pun menakjubkan Nabi. Baginda heran juga melihat anak secerdas itu. Apa yang disaksikan dan apa yang didengar baginda, melebihi apa yang diceritakan oleh ketua delegasi kecil yang mengantar Zaid bin Tsabit.
“Kami telah mendengar Zaid membhacakan Ayat-ayat Alquran. Dan telah pula menyaksikan tulisannya yang baik dan indah. Juga tentang kepandaiannya membaca kitab. Oleh karena itu kami berkesimpulan bahwa Zaid bin Tsabit ini, selain pemberani, bertakwa dan beriman, juga amat cerdas. Ia adalah calon ilmuwan dan mempunyai cita rasa keindahan yang tinggi. Allah menyenangi yang indah-indah. Maka kami bermaksud untuk memberikan tugas belajar kepadanya.”
Nabi pun berpaling kepada Zaid seraya bertanya, “Hai, sahabatku Zaid, maukah engkau kami beri tugas belajar bahasa Ibrani?”
“Saya bersedia, ya Rasulullah. Ke mana pun saya disuruh pergi oleh Rasulullah, saya tetap siap sedia. Tiadalah dapat saya mengatakannya, bagaimana terima kasih saya kepada Rasulullah atas penunjukan ini.”
“Semoga Allah tetap memberkati Anda, sahabatku. Pergilah belajar kepada seorang Yahudi yang pakar dalam bahasa Ibrani. Pelajari, selain bahasanya, juga tulisannya agar kita dapat mempergunakan bahasa itu secara lisan dan tulisan.”
“Baik, ya Rasulullah,” jawab Zaid dengan hormatnya.
“Kami memerlukan seorang Muslimin yang pandai tulis baca dan berbicara dalam bahasa Ibrani. Karana kami tidak percaya manakala kami mengambil seorang Yahudi untuk diangkat menjadi sekretaris.”
Selesai pembicaraan itu, setelah mengucapkan terima kasih kepada Nabi Salawatu Alai Wasalam, para utusan Nuwar binti Malik mohon diri untuk kembali ke rumah mereka masing-masing. Dan sejak hari itu, Zaid bin Tsabit al Anshary mulai mempelajari bahasa Ibrani.
Setiap hari Zaid datang ke rumah gurunya. Dia belajar sungguh-sungguh. Dipelajarinya kitab Injil yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Ditelaahnya pula buku-buku ilmu pengetahuan dan sastra orang Yahudi. Ia melatih dirinya, selain membaca dan menulis, juga berbicara dengan orang-orang Yahudi.
Dalam waktu yang singkat Zaid bin Tsabit al Anshary telah fasih dan pakar dalam bahasa Ibrani. Baik tatabahasa mahupun bidang sastranya. Maka ia pun diangkat oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam menjadi sekretaris baginda dalam surat-menyurat dengan orang Yahudi. Zaid menterjemahkan surat-surat yang akan dikirimkan kepada orang Yahudi dari bahasa Arab ke bahasa Ibrani. Sebaliknya, jika Nabi menerima surat dari orang Yahudi, Zaid menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.
Setelah Zaid menguasai benar bahasa Ibrani, dia ditugaskan pula oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam mempelajari bahasa Suryani. Bahasa ini banyak dipakai di Timur Tengah. Bahasa ini perlu dipelajari guna menyampaikan dakwah kepada kelompok-kelompok penduduk yang masih mempergunakan bahasa Suryani yang tersebar di seluruh Timur tengah. Maka tidaklah sedikit keuntungan dalam penyiaran agama Islam setelah Zaid bin Tsabit dapat membantu Rasulullah dalam kedua bahasa itu. Dan sahabat serta kenalan Zaid pun bertambah banyak. Seperti di Bagdad, Damsyik, Basrah, Kufah, Syam, dan lain-lain. Namanya amat dikenal sebagai seorang ilmuwan remaja, fasih membaca ayat-ayat suci, dan faham akan maknanya.
Nabi Muhammad saw. tidaklah ragu-ragu lagi akan kepakaran serta kesetiaan Zaid yang muda belia itu. Maka baginda pun memberikan tugas baru kepadanya. Tugas baru ini sesungguhnya amat berat, tetapi suci dan berpahala. Tidaklah sembarang orang yang dipercayai oleh Nabi Salawatu Alai Wasalam untuk melaksanakan tugas ini. Selain orangnya harus cerdas dan kuat ingatan, hendaklah pandai menulis huruf Arab dengan baik dan benar. Tidak boleh ada kesalahan, baik huruf maupun tanda baca atau waqafnya.
Tugas baru yang berat dan suci ini ialah menuliskan ayat-ayat yang diterima oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. sebagai wahyu.
Ketelitian, keterampilan, kepakaran Zaid, sangat membantu dalam menuliskan suatu ayat, segera ayat itu turun kepada Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Dari mulut baginda sendiri, dari tangan pertama, Zaid menuliskan ayat-ayat suci Alquran. Dan dengan petunjuk Nabi Salawatu Alai Wasalam. pula ayat-ayat yang baru turun itu dirangkaikan dengan ayat-ayat yang telah turun sebelumnya.
Demikianlah kesibukan yang dihadapi Zaid setiap hari. Dalam tugas sehari-hari ia disibukkan oleh penyusunan rencanarencana Rasulullah yang terjadual. Begitu pula dalam menghadapi orang Yahudi dengan bahasa Ibraninya, dan bahasa Suryani bagi peminat agama Islam di seluruh Timur Tengah.
Di tengah kesibukan yang menyita waktu itu, Zaid bin Tsabit al Anshary secara tidak disadarinya menerima perubahan pribadi. Berkat sinar petunjuk Alquran, buah pikirannya menjadi cemerlang. Pengaruh syariat-syariat Islam yang ditelaahnya secara khusus, menjadikan Zaid pribadi utama yang bijaksana dan mengagumkan.
Pada masa itu belum dikenal kertas seperti sekarang ini. Wahyu yang diterima oleh Nabi dituliskan di atas kulit domba, di atas tulang unta, pelepah pohon kurma, dan sebagainya. Tugas Zaid mengumpulkan tulisan-tulisan tersebut yang ditulis orang lain sebelum dia. Dengan petunjuk dan bimbingan Rasulullah, ayat-ayat suci itu dirangkaikan sambung-menyambung sebagaimana mestinya.
Usia Zaid masih sangat muda dibandingkan dengan sahabat-sahabat Rasulullah dan para khalifah serta pemuka-pemuka agama lainnya. Namun, dalam usia semuda itu, Zaid diangkat menjadi penasihat kaum Muslimin.
Setelah Rasulullah wafat, Zaid bin Tsabit al Ansharylah orang yang pertama tempat umat Islam bertanya tentang Alquran. Pada saat itulah Zaid memperlihatkan kecemerlangan otaknya dalam memecahkan masalah-masalah yang berat dan pelik.
Ketika itu kaum muslimin menemui ketegangan karena berbeda pendapat. Timbul salah paham tentang khalifah (pengganti) Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. Dengan wafatnya baginda Salawatu Alai Wasalam., kaum Muhajirin dan kaum Anshar masing-masing merasa berhak untuk mengangkat khalifah dari kaumnya. Kaum Muhajirin merasa lebih berhak untuk menduduki jawatan khalifah karena kaum merekalah yang sejak semula mengikuti Nabi. Mereka berjuang sejak dari kota Mekkah hingga hijrah ke Madinah, dan senantiasa setia mengikuti Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Akan tetapi kaum Anshar tak mau pula kalah dalam perebutan kursi khalifah ini. Mereka merasa lebih berhak disebabkan oleh pembelaan mereka terhadap Nabi serta ajaran Islam di kota mereka, kota Medinah.
Ada pula golongan yang berpendapat, bahwa kedua kaum itu sama-sama berhak untuk mendapat kedudukan khalifah. Alasannya ialah mengikuti kebiasaan sewaktu Rasulullah masih hidup. Manakala baginda mengangkat seseorang untuk suatu urusan, baik dari kaum Muhajirin atau dari kaum Anshar, baginda mengangkat pula dari kaum yang lain untuk menyertainya. Misalnya ketika salah seorang dari kaum Anshar dikirim oleh Rasulullah sebagai utusan ke Damaskus. Tugasnya untuk membicarakan sesuatu tentang perkembangan agama Islam. Ketika itu baginda mengangkat pula seorang dari kaum Muhajirin untuk mendampinginya Jadi kedua kaum itu senantiasa bersama-sama dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam.
Pendapat yang bertentangan itu, yang merasa kaumnyalah yang paling berhak, hampir saja menjadikan perpecahan. Hampir terjadi pertempuran, pertumpahan darah, antara kedua golongan yang selama ini bahu-membahu mengikuti Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Untunglah hal ini diketahui oleh Zaid bin Tsabit al Anshary yang bijaksana.
Zaid datang kepada mereka yang sedang bersengketa itu. Ia mengucapkan beberapa kalimah, beberapa ayat suci dari Alquran. Maka jalan buntu yang gelap itu menjadi terbuka dan terang-benderang. Hanya kalimah-kalimah mutiara yang gemerlapan dari kitab suci itulah yang dapat meredakan ketegangan antara kedua kaum itu. Di tengah-tengah kaum yang bersikeras mempertahankan pendirian masing-masing itu, Zaid bin Tsabit al Anshary berkata,
“Wahai, saudara-saudaraku kaum Anshar. Ingatlah, kita harus menyadari bahwa Rasulullah Salawatu Alai Wasalam adalah kaum Muhajirin. Maka wajarlah, atau sudah sepantasnya apabila pengganti baginda dari kaum Muhajirin pula. Kita adalah kaum Anshar, yakni pembantu Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Maka dengan kerendahan hati sepantasnya pula kita menjadi Anshar (pembantu) bagi khalifah yang akan menggantikan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Dengan wafatnya baginda, khalifah yang menempati kedudukan baginda dari kaum Muhajirin hendaklah kita bantu dalam menjalankan tugasnya. “
Selesai memberikan sumbangan pikiran yang singkat tetapi berisi dan sangat berharga itu, Zaid bin Tsabit menghampiri salah seorang sahabat Nabi dari kaum Muhajirin. Orang itu ialah Abu Bakar Shiddiq. Ia menjabat tangannya. Kemudian diangkatnya tangan Abu Bakar Shiddiq ke atas seraya berseru, “Wahai, kaum Anshar dan kaum Muhajirin. Inilah khalifah kita. Bagindaiah pengganti Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Bai’atlah saudara-saudaraku semuanya di hadapan baginda!”
Maka gegap gempitalah tepuk sorak tanda setuju. Kedua golongan yang tadinya telah tegang, sekarang berangkulrangkulan tanda setia dan berdamai. Buah pikiran Zaid yang cemerlang dapat menyatukan kembali kedua kaum itu pada khususnya, dan kaum Muslimin pada umumnya.
Sejak hari itu Abu Bakar Shiddiq tabalkan menjadi khalifah, pengganti Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. yang telah wafat. Berkat didarnpingi oleh Zaid hin Tsahit al Anshary yang pandai lagi bijaksana, Abu Bakar Shiddiq dapat memimpin kaum Muslimin dengan baik dan dicintai oleh seluruh rakyatnya.
Kedalaman pengetahuan Zaid bin Tsabit al Anshary tentang Alquran dengan sendirinya mengangkat dirinya menjadi penasihat kaum Muslimin. Pemuka-pemuka agarna senantiasa meminta pendapat Zaid. Tidak jarang mereka mengadakan musyawarah di bawah bimhingan Zaid untuk memecahkan masalah yang sulit-sulit mengenai hukum-hukum dan peraturan-peraturan dalam agama Islam.
Terutama dalam bidang warisan. Zaid terkenal sehagai ahli hukum waris. Dialah yang amat mahir dan mengerti tentang pemhagian warisan menurut hukum Islam. Para mahasiswa yang mempelajari ilmu pengetahuan pada masa itu sangat hormat kepada Zaid. Mereka mengakui ketinggian ilmunya. Ilmu yang dikuasainya adalah ilmu yang bersumber dari Alquran.
Pada suatu hari Zaid bin Tsabit bepergian dengan menunggang kuda. Di tengah perjalanan kuda itu bertingkah. Ia melompat-lompat sambil mengangkat kedua kaki mukanya. Kuda itu meringkik-ringkik, tak mau berjalan. Hanya berputar-putar, melompat-lompat ke kiri dan ke kanan saja.
Kejadian itu terlihat oleh Abdullah bin Abbas r.a. , yaitu saudara sepupu Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam . Dia juga seorang yang tinggi ilmu pengetahuannya. Kuda yang sedang bertingkah itu ditenangkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. dengan memegang tali kekang dan mengusap-usap pipinya.
Zaid berkata, “Biarkan saja, hai putra paman Rasulullah. Biarkan kudaku bertingkah!”
Abdullah bin Abbas r.a. menjawab, “Beginilah cara kami, menurut yang diperintahkan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam , menghormati para ulama kami.”
Zaid pun turun dari kudanya seraya berkata, “Cobalah perlihatkan tangan Anda kepada saya!”
Abdullah bin Abbas mengulurkan tangannya. Zaid langsung menyambut tangan itu dan menciumnya. “Beginilah kami dianj urkan oleh Rasulullah Salawatu Alai Wasalam untuk menghormati kaum keluarga baginda.”
Demikianlah Rasulullah Salawatu Alai Wasalam mengajarkan adat sopan santun kepada para pengikutnya. Agar mereka saling menghargai dan tolong menolong.
Sekarang tahulah kita siapa Zaid bin Tsabit al Anshary itu. Dialah yang telah berjasa mencatatkan dan menyusun kitab suci Alquran. Dikerjakannya sejak dari mendengarkan ucapan langsung dari mulut Rasulullah Salawatu Alai Wasalam hingga ke penulisannya. Lalu disusunnya lagi hingga menjadi kitab seperti yang dapat dibaca oleh umat Islam sekarang ini.
Zaid mengumpulkan tulisan-tulisan yang dibuat sebelum dia, yang berada di manamana, di tangan para sahabat Rasulullah Salawatu Alai Wasalam .
Tulisan-tulisan itu tertera pada kulit domba, pada tulang unta, pada pelepah pohon kurma, dan sebagainya. Disusunnya dengan teliti dan sungguh-sungguh, berpedoman kepada petunjuk almarhum Rasulullah ketika baginda masih hidup. Bimbingan Rasulullah itulah yang selalu dipedomani oleh Zaid dalam menyusun ayat-ayat suci itu menurut urutannya.
Panitia/jawatankuasa yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit al Anshary menyelesaikan tugas suci ini di masa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.
Demikianlah riwayat singkat Zaid bin Tsabit al Anshary, penulis kalam Ilahi, penulis wahyu yang diterimanya langsung daripada Rasulullah Salawatu Alai Wasalam . Semoga Allah menerima semua amal ibadahnya serta melimpahkan rahmat-Nya kepada sahabat Rasulullah Salawatu Alai Wasalam yang berjasa ini. Amin

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR


       Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Pelbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
       Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
       Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!" Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

       Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Uwais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

      Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. (posting tgl 23/07/2010)



Wallahu a'alam.



Kisah Wali Allah "Sang Pencuri Bertaubat"(Kisah Benar)

wali Allah
Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal.Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja.Tidak ada seorang pun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan keji itu.
Pada suatu malam, perompak itu telah berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu.Setelah puas dia menggeledah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga.Apa yang didapatinya adalah sebuah beberapa bungkusan kain.Diapun mengumpulkan kesemua bungkusan tersebut untuk dibawa keluar.
Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu,dia terasa terlalu penat lalu dia berehat.Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumah itu.Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat perlindungan, malangnya rumah itu tiada tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan.Maka dia cuma mendiamkan dirinya di dalam kegelapan rumah itu.Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk ke dalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya.Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.
Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerana lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.
Kata orang tua itu “Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar”.Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.


Perompak itu berkata pula “Baiklah tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini”.
“Baiklah” sahut orang tua itu lalu mereka pun keluar dari rumah itu.Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu.Dia berjalan perlahan-lahan mengikuti perompak itu.Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua itu “Hey!!Orang tua,cepat lah sikit.Kita mesti sampai ke tempat aku sebelum matahari naik.Kalau tidak kita berdua pasti akan di tangkap.”
Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, perompak itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang.Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya.Bahkan kerapkali terjatuh.Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu.Maka perompak itu berkata “Sekarang kita telah sampai.Hai!!!orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.”Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata “Hai!!!anak muda, ambillah engkau ke semua barang itu.Aku tidak memerlukannya.Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumah aku.Aku fikir engkau tentulah orang yang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri.Aku harap barang-barang ini kelak akan meringgankan sedikit bebanan engkau.Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah ke rumah aku”.
Setelah orang tua pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercenggang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.Dia bergitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa itu.
“Apakah benar apa yang aku alami ini.Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku.Setelah itu, dia menjemput aku datang ke rumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi.Ah!!!!!.......pelik sungguh orang itu,bisik hati kecilnya”.
Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang.Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu,, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?”.Sambil tersenyum lelaki itu menjawab “Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk disini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid”.
Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas dia pun menyesal di atas segala perbuatannya terhadap wali itu .Tanpa berlengah lagi ,dia terus masuk ke rumah ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah itu , dia terus sujud di kaki wali Allah Junaid sambil menangis.Dengan tersenyum, wali Allah Junaid terus memaafkannya.Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yeng penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakwa.Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat.Jikalau Allah menghendaki dia jadi baik, insyaAllah akan menjadikannya orang baik malah lebih baik.
(posting tgl 23/07/2010)


Kisah Rabiatul Adawiyah


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya. (posting tgl 23/07/2010)





Gratisan Musik